Khamis, 19 Jun 2014

Anak beranak sakit mata so MC lorr..

waduh-waduh..bercoti sakan aku minggu ni..
isnin jaga anak sakit mata..
selasa sampai khamis aku pulak bermaharajalela sakit mata..
amik MC kekonon dapat tambah coti lagi sehari dua da okey kot..
tapinye sekali 3hari doktor bagi daaaaaaaa..
makanya ade orang jelos tahap gabannnn..-Apak Paeeq ler-
mihmihmih
sapa suruh tak sakit mata..padan muka kena kerja..
aku ngan anak membongkang lagi..
awak da kena mandi siap-siap nak kerja...

bermulanya episod sakit mata..
Faeeq la yg membawak virus tu ke rumah..
amik dari rumah pengasuh..
aku memula tak syak dia dapat dari rumah pengasuhnya..
sebabnya ingatkan dia elergik susu..
disebabkan kitorang dok gatal tangan konon-konon nak tukar susu Faeeq..
dari Sustagen ke Anmum balik..
masih xsesuai!!!!!!baru botol pertama kasik minum badan dia da tumbuh bintik-bintik..
botol kedua pulak mata merah..
1 malam kasi susu Anmum..
nah ko esok pagi anak intan payung aku bangun tidor mata tak boleh bukak..
tahik mata da penuh..puiiiiiiiiiiiiiiiii melekat hokeyyy..
kesian aku tgk..tobat tak kasi lagi susu tu..
menyesal!!!!!!!!!!
badan die pulak da penuh bintik-bintik merah..
Faeeq kalau elergik susu mmg parah sikit.. -next entry kita cerita bab elergik susu-

petang tu kitorang nak bawak ke klinik..
elok sangat hari ahad kan..
semua klinik panel dekat Saujana Utama tutup..
nak pergi ke non-panel ongkosnya pulak tengah sesak..
grrrrrrrrrrrrr
nekad la bawak balik Ijok..
try tgk klinik sana bukak ke tidak..
sambil-sambil melawat nenek atok Faeeq..
kebetulan mak chu die pun ade..
sebok nak tgk faeeq..
tapi dalam hati berfikir gak -hati yang berfikir ke otak??-
kang berjangkit kat semua kang parah pulak..
belasah la..da korang yang nak sgt jumpa Faeeq kan..mihmihmih

Alhamdulilah..klinik Juntai bukak..
ni salah satu klinik yang ubat die power gak la..
Faeeq ni kalau setakat bagi ubat yang slow motion je..
alamatnya 10x kena ulang alik amik ubat..
sakit tak baik-baik..ubat banyak kali amik..
bagi tahu doktor Faeeq sakit mata+gatal badan..
aik???da tak musim sakit mata pun boleh sakit mata ke??
haiyakkkk doktor ni...nak sakit tunggu musim ker??
grrrrrrrrrrrrrr

dapat ubat titik mata and ubat gatal..
selamat die kasi ubat minum untuk ubat gatal..
kalau bagi ubat sapu..huishhh..sampai kesudah..tak baik-baik la bintik-bintik gatal Faeeq tu..

and aku cuba nasib mintak MC jaga anak sakit..
dapat sehari untuk isnin..
mihmihmih..sukaaaaaaaaaaaaa
alasan bagi kat doktor pengasuh tak bagi hantar..takut berjangkit ke budak lain..
aku pun mmg nak kuarentin si Faeeq..
kang terjangkit kat anak orang lain kang..
Faeeq di salahkan..

al sebabnya menjaga orang sakit berjangkit..
elok mata Faeeq da kembali putih..
mata aku mula merah-merah..
paling tak best masa solat time sujud..
uishhhh..nak tercabut mata aku ni rasanya..
lepas tu tahik mata da keluar..
mata berselaput je rasanya..
kasi tahu ke Fariz aku da macam nak sakit mata jugak..
mintak simpati nak sayang-sayang..
tapi bukan simpati yang di bagi..
kena perli ado...
eleh..nak MC lagi la tu..
anak sakit die MC..
ni konon-konon die pulak sakit,,
huishhhh
-BENCI!!!!!!!!!!!orang jelos mmg mcm tu..
merajuk aku di buatnya..sakit hati ni taw...
grrrrrrrrrrrrrrrrr
esonya mata aku pulak yang bengkak+merah menyala..
so..baru dapat simpati dari orang tu...
Jom amik MC..mata U da merah sgt da tu..
kang jangkit kat I susah taw..
eleh..kengkonon baik la tu..maunya tak baik..1 malam aku tak layan die ckp..
cakap ngan Faeeq paham-paham la..itik dengan ayam..
mihmihmh..

Amik ubat and MC..
sekali 3hari doktor die kasi..
ada orang terkejut beruk ..jelos tak hengat..
kihkihkih....

Esoknya Faeeq da okey aku hantar die ke rumah pengasuh..
Dalam hati biar la die main dekat situ..
Dari dekat rumah boring..merengek jer ajak keluar rumah..
da la mata mak nya sakit..- Sambil-sambil mak ko boleh guling-guling atas katil tampa gangguan-
mihmihmih
sampai rumah pengasuh..elok sangat..hangin pun ade..
boleh si pengasuh ni yang pembawak sakit mata..
tak pulak die bagi tahu awal-awal..
time aku impom Faeeq cuti sakit mata..dia senyap jer..
cuba la die bagi tahu yang budak-budak dekat situ sakit mata..
boleh la aku bagi Faeeq cuti balik kampung ke hape ke..
kesian anak aku sakit..
haishhhhh

so..dengan jayanya aku bercuti..
kalau holiday puas gak..
tapi sebab cuti Mc..
alahaiii..duk rumah jer..
hari ni da masuk opis balik..
tgl merah-merah je tak hilang lagi..
kalau ikut hati nak MC lagi..
mihmihmih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan