Khamis, 5 Jun 2014

Sinopsis Temptation Of Wife


Assalamualaikum..

Yuhhuuu..hari ni cerita pasal Temptation of Wife..
alaahh..cerita yg tgh hot kepanasan dekat tv3 tu..

Aku tgh layan meroyan cerita ni..
setakat ni belum pernah terlepas lagi..
huhuuuuuuuuuuu

Dari info-info yg aku dapat..
cerita ni ada 3 version..
China,Koria and Filipina..
Philipina biasa la kan bab-bab adaptasi story ni kan..
tapi hasil mmg terbaik..
Layan gila cerita ni..

Barisan pelakon popular Filipina like Marian Rivera (Angeline Santos-Salcedo/Chantal Gonzales), Dennis Trillo (Marcel Salcedo), Glaiza de Castro (Heidi Fernandez) dan Rafael Rosell (Nigel Armada).‘Temptation of Wife’ ni menampilkan Marian Rivera sebagai Angeline yang bangkit membalas dendam kat suaminya, Marcel, dan kawan baiknya, Heidi, lepas dia disangka mati lemas angkara Heidi yang dah curang bersama Marcel.



Aku mmg suka gila tgk Marian Rivera ni..Cantik sgt..Comeyy sgt..
Dari cerita Marimar dulu aku layan..
weeeeeeeeeeeeeee

Okey..meh layan sinopsis..

Angeline terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang jururawat apabila dia mendapati dirinya mengandung kerana terlanjur dengan Marcel Salcedo. Heidi yang turut menyimpan perasaan terhadap Marcel cuba sedaya upaya untuk menggagalkan perkahwinan Angeline dan Marcel tetapi dia tidak berjaya. Jadi, Heidi telah membawa diri ke luar negara.

Selepas berkahwin dengan Marcel, Angeline dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella. Walaupun dirinya tidak disukai oleh ibu mertuanya, Angeline tetap bersabar dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan anak menantu yang baik. Malangnya, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk hamil semula.

Selepas 5 tahun, Angeline masih tidak mengandung untuk kali kedua. Marcel mula tertekan kerana dia inginkan zuriat. Hubungan mereka berdua mula dilanda masalah. Heidi pulang ke Filipina sebagai seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mula menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.

Angeline mula mengesyaki Marcel telah bercurang. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa perempuan simpanan Marcel ialah Heidi yang dilayannya sebagai seorang adik. Marcel yang mahu memutuskan hubungannya dengan Heidi telah berubah fikirannya apabila Heidi memberitahunya dia telah mengandungkan anaknya. Malah, Marcel yang telah diperdayakan oleh Heidi tidak mempedulikan Angeline yang akhirnya mengandungkan anak kedua mereka.

Dalam satu pergelutan dengan Heidi, Angeline telah jatuh ke dalam laut dan disangka mati lemas. Mujur dia telah diselamatkan oleh Nigel. Demi membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi, Angeline sanggup berpakat dengan Yolanda untuk menyamar sebagai anak perempuannya iaitu Chantal Gonzales yang menguruskan sebuah syarikat produk kecantikan.

Daripada seorang suri rumah biasa, Angeline kini dikenali sebagai Chantal Gonzales yang penuh pesona. Sebagai permulaan, Angeline telah menggoda Marcel yang kini berkahwin dengan Heidi. Secara perlahan-lahan, Yolanda dan Angeline mahu mengambil alih syarikat keluarga Salcedo.
Dalam masa yang sama, Nigel mula menyayangi Angeline dan sentiasa melindunginya daripada rancangan jahat Heidi dan Stella. Chantal yang telah hilang itu sebenarnya sangat obses dengan abang angkatnya, Nigel dan mahu berkahwin dengannya.

nak tahu lebih lanjut..jom la kite layan cerita ni setiap isnin-khamis jam 3 ptg..
ade macam pengacaa tv tak aku infom korang??
mihmihmih
Kalau tak sempat nak tgk tepat pada watunye..
korang layan je kat tonton.com..
tapi harus terlewat tgk la dari org yang tgk dari tv..
heeeeehehehe

Tapi ada info-info yg bagi tahu jugak..
last-last cerita nanti Marcel mati..
alahai..apasai???

Nak tahu kenapa..
follow la cerita ni ye..
aku bukan derektor..
so tak dapat bagi tahu korang kenapa Marcel mati??
Angline kawen tak dengan Nagel??
Chantal original muncul kembali ke tak??
Anak konon-konon si Heidi tu nanti muncul ke x??
wahhhh..banyak kan persoalan..

Tak sabar nak tgu hari-hari cerita ni...
Jom sama-sama bersabar...
winggggggggg


Jom layan gambar cute-cute dorang nih..










2 ulasan:

  1. lepas haber cerite yang sebelum tu..rasa2 nak gak layan cerite ni sebab dengar cerite besh..tapi tak sanggup nak tersangkut.. susah nak gerak mana2 nanti..hahaha..jadi tak mo start...;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. wawwwwwwwwwwwwww..kak aty pujaan hati komen titer lerr...
      hehehehe..dlu sy pun xmo strt kak..tp bile dtg ofis je lg2 kerje xde..tgn gatal bkk tonton..so melayan la sorg2..nanges la sorg2..grrrrrrrrr

      Padam