Ahad, 29 Jun 2014

Kawan Lama Hidap Kenser Lipoma

Salam Ramadhan semua..

cam ne f1 pose semalam??hokeyy??
berbuka ape??kat mana??
mihmihmih..

aku berbuka kat kampung haku ler..
Sekinchan..
plan mula2 nak buka umah mertua..
last minit Fariz nak balik sekinchan..
katenye balik Ijok hari2 boleh balik..
dekat jer sg,buluh dengan Ijok..
Sekinchan jauh..-jauh ker??- so sementara berduhet ni..jom balik sana dulu..
kang tgh2 bulan U ajak balik Sekinchan time tu pulak kewangan I cukup2 makan jer..
tak balik da meroyan U tak dapat saho and buka ngan mama..
grrrrrrrrrr..sejak bila pulak laki aku ni kesah pasal semua ni..
sebelum2 ni tak penah nak kesah pun bininya meroyan ke hape ke..
ahhhh..layan je la..suruh balik kampung aku..
kompom la aku melonjak kegumbiraan..
kekekekekek

sudah2..cerita bab puasa nanti jap..
aku nak up story berita yg baru aku dapat ni..
kawan skolah aku merangkap kawan baik aku jugak la terkena kancer..
terperanjat gila jugak la aku dengar..
da namanya kanser..kompom la bahaya kan..

tahap kritikal ke tak tu aku tak pasti..
aku belum lagi dapat jumpa or conteck kwn aku tu..
nak conteck husbend die kat FB je la..
no phon langsung la tak de..
sebelum ni aku langsung tak tahu pasal ni..
sampai la semalam time buka adik aku tanye..
kak da tahu tak cerita??wife Mino sakit??
aik??sakit??..langsung xde dengar cerita..
aku tanya sakit ape..adik aku bg tahu kanser payudara..
makkkai..sumpah aku tak tahu...
aku pun merajinkan diri la tgk2 Fb kwn aku tu..
sekali ade husbend die post gamba kwn aku tu tgh tunggu mase nak kena f1 kimotrapi...
YaAllah..sampai kena kimotrapi...
alhamdulilah..masih peringkat awal..
tapi bukan macam adik aku ckp kanser payudara..
tapi kanser Lipoma..
Ape tu LIPOMA???
info dari google sane sini..
Lipoma ni sejenis  ketumbuhan benigna (tumor bukan barah), tak merebak atau berbahaya selagi ia tidak berubah menjadi kanser.



Lipoma jarang memudaratkan dan kemungkinan untuk menjadi kanser hanya 0.05 peratus. Ada perbezaan pendapat mengatakan lipoma punya kapasiti kecil untuk menjadi barah, tetapi sangat jarang, manakala pendapat kedua mengatakan semua lipoma bukan barah.
Lipoma juga biasanya senang dikesan kerana kebanyakannya berada di bawah kulit dan boleh timbul pada bahagian tubuh, tangan dan kaki serta leher.
Ia juga boleh berlaku pada kulit kepala, dahi atau di mana saja asalkan ada lapisan tisu adipose,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 lipoma tidak perlu dibuang dan bergantung kepada keselesaan pesakit. Namun, jika rimas dengan benjolan yang mengganggu penampilan dan bimbang ia melarat walaupun ia bersifat bukan barah, ia boleh dibuang dengan mudah.
tu sedikit info la yang aku dapat...
harap betul2 tak bahaya and tak kan memudaratkan la..
kesian kwn aku ni..
umor baru 26thun..anak 2 org..
tapi tu la ujian dariNYA kan..
umur bukan ukuran..

-Tengah tunggu nak buat Kimotrapi-
hope ko kuat Lily..ko mmg selalu kuat kan dari dulu..
ni ujian Allah..dia uji sbb die syg kat kita..
k..aku syg ko..inshalah kalau dapat call ko ke Mino ke nanti kitorang melawat..
aku doa ko cepat sihat..Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan